(فقه الصيام على ضوء الشافعية)

Σχετικά έγγραφα
s.a.w DAN PARA SAHABAT: PELUANG, CABARAN DAN TIPS

Benar sekali Allah memberi informasi dalam Quran dan lebih-lebih melalui lisan RasulNya Muhammad SAW tentang siksa dan nikmat kubur.

PENGEMBANGAN INSTRUMEN

2 m. Air. 5 m. Rajah S1

KONSEP ASAS & PENGUJIAN HIPOTESIS

Jika X ialah satu pembolehubah rawak diskret yang mewakili bilangan hari hujan dalam seminggu, senaraikan semua nilai yang mungkin bagi X.

PERHITUNGAN WAKTU SOLAT MENGGUNAKAN ALMANAK FALAK SYARIE. Stesen rujukan = Kg. Gedangsa (Zon 1, Selangor)

Jika X ialah satu pembolehubah rawak diskret yang mewakili bilangan hari hujan dalam seminggu, senaraikan semua nilai yang mungkin bagi X.

Kalkulus Multivariabel I

TH3813 Realiti Maya. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun. Transformasi kompaun

TAWJIH AL-QIRA AT DAN KESANNYA TERHADAP PENTAFSIRAN AYAT-AYAT MENGENAI AKIDAH: SUMBANGAN SHEIKH NAWAWI BANTEN DALAM MARAH LABID

Perubahan dalam kuantiti diminta bagi barang itu bergerak disepanjang keluk permintaan itu.

Peta Konsep. 5.1 Sudut Positif dan Sudut Negatif Fungsi Trigonometri Bagi Sebarang Sudut FUNGSI TRIGONOMETRI

Uzur Yang Membolehkan Tidak Puasa Ramadhan

Mutiara Ramadhan PERSATUAN ULAMA MALAYSIA CAWANGAN SELANGOR

ANALISIS LITAR ELEKTRIK OBJEKTIF AM

BAB DUA PENGENALAN ILMU QIRA: A:T DAN FONETIK. menyusahkan dalam urusan agama Islam. Allah (s.w.t) juga tidak mengizinkan

Sebaran Peluang Gabungan

qwertyuiopasdfghjklzxcvbnmq wertyuiopasdfghjklzxcvbnmqw ertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwer tyuiopasdfghjklzxcvbnmqwerty uiopasdfghjklzxcvbnmqwertyui

PERSAMAAN KUADRAT. 06. EBT-SMP Hasil dari

Bacaan Doa dan Dzikir serta Taubat pilihan

Klasifikasi bagi Kumpulan-Dua dengan Dua Penjana yang Mempunyai Kelas Nilpoten Dua

BAB KELIMA RUMUSAN HASIL KAJIAN. Kajian ini pada asasnya bertujuan untuk menjelaskan sejauhmana pertimbangan hukum

Bab 1 Mekanik Struktur

TATACARA WUDUK DAN SOLAT MENURUT AL-QURAN DAN AS-SUNNAH. Oleh: Mohd Safwan bin Rusydi

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DUNIA MUZIK

Sistem Koordinat dan Fungsi. Matematika Dasar. untuk Fakultas Pertanian. Uha Isnaini. Uhaisnaini.com. Matematika Dasar

Matematika

TEORI PELUANG* TKS 6112 Keandalan Struktur. Pendahuluan

Memukul Wanita Adalah Dilarang Dalam Islam

Kerajaan Arab Saudi Kementerian Pendidikan Tinggi Universiti Islam Madinah Jabatan Kajian Ilmiah Bahagian Terjemahan

STATUS DAN HAK WANITA MENURUT ISLAM. Oleh: Fatimah Binti Ali 1. Abstrak

BAB EMPAT: ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN

LAPORAN KAJIAN: JUMLAH PENGAMBILAN AIR DALAM KEHIDUPAN SEHARIAN MENGIKUT JANTINA KOD KURSUS: STQS 1124 NAMA KURSUS: STATISTIK II

Kalkulus 1. Sistem Bilangan Real. Atina Ahdika, S.Si, M.Si. Statistika FMIPA Universitas Islam Indonesia

Pengantar Proses Stokastik

BAB DUA : NUSYUZ MENURUT SYARAK. perbezaan pemikiran berlaku sehingga menyebabkan tercetusnya isu-isu yang boleh

Kalkulus Multivariabel I

( 2 ( 1 2 )2 3 3 ) MODEL PT3 MATEMATIK A PUSAT TUISYEN IHSAN JAYA = + ( 3) ( 4 9 ) 2 (4 3 4 ) 3 ( 8 3 ) ( 3.25 )

SMJ minyak seperti yang dilakarkan dalam Rajah S2. Minyak tersebut mempunyai. bahagian hujung cakera. Dengan data dan anggapan yang dibuat:

1223/2 LATIH TUBI PENDIDIKAN ISLAM 2004 SET 1. 1 a) Tuliskan semula petikan ayat al-quran dan letakkan tanda baris dengan sempurna.

Pengantar Proses Stokastik

Pembunuhan Rahmah. Mukadimah

BABI DALAM PENDIDIKAN VETERINAR: SUATU PANDUAN MENURUT FIQH. 1

PENGERTIAN VOKAL: Vokal ialah bunyi-bunyi bersuara, dan apabila membunyikannya udara daripada paru-paru keluar melalui rongga mulut tanpa sekatan dan

PATIENT INFORMATION LEAFLET MEDICINE TO TREAT: DIABETES UBAT UNTUK MERAWAT: DIABETES

PEDOMAN TARAWIH DAN WITIR

BAB 2. digunakan oleh para fuqaha silam. Ia sangat banyak digunakan oleh Abu Hanifah

BAB EMPAT: PEROLEHAN DAN ANALISIS. Pengambilan data cerapan pula adalah untuk waktu solat Isyak dan Subuh bagi

KEKUATAN KELULI KARBON SEDERHANA

RUMUS AM LINGKARAN KUBIK BEZIER SATAHAN

Salahfaham Tentang Kedudukan Wanita Muslim SALAHFAHAM TENTANG KEDUDUKAN WANITA MUSLIM. Oleh: Dr. Mohd Roslan Mohd Nor

STQS1124 STATISTIK II PERBANDINGAN KUALITI SOLAT DALAM KALANGAN PELAJAR KOLEJ IBRAHIM YAAKOB(KIY) DAN KOLEJ TUN HUSSEIN ONN(KTHO).

LATIHAN. PENYUSUN: MOHD. ZUBIL BAHAK Sign. : FAKULTI KEJURUTERAAN MEKANIKAL UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA SKUDAI JOHOR

Keterusan dan Keabadian Jisim

BAB DUA: PENENTUAN WAKTU SOLAT DAN RUKHSAHNYA TERHADAP MUSAFIR

HUKUM PEMBEDAHAN PERTUKARAN JANTINA DARI PERSPEKTIF ISLAM Oleh : Ustaz Zahazan Bin Mohamad

HMT 504 Morfologi dan Sintaksis Lanjutan

SULIT /2[PP]

Tegangan Permukaan. Kerja

BAB KEEMPAT ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN. terperinci. Dapatan kajian ini dibincangkan menurut susunan objektif kajian, iaitu;

IBN KATHIR DAN KETOKOHANNYA DALAM BIDANG TAFSIR. Oleh: Mohd Zawawi bin Abdullah 1. Abstrak

TINJAUAN PUSTAKA. Sekumpulan bilangan (rasional dan tak-rasional) yang dapat mengukur. bilangan riil (Purcell dan Varberg, 1987).

ر ک ش ل ن س ح ن د م ح م ب ن ی ز ن. ل و ئ س م ه د ن س ی و ن ( ی ر ک ش ل &

PENSYARIATAN IHDAD SEBAGAI PEMBELAAN TERHADAP WANITA

UNTUK EDARAN DI DALAM JABATAN FARMASI SAHAJA

Ciri-ciri Taburan Normal

(a) Nyatakan julat hubungan itu (b) Dengan menggunakan tatatanda fungsi, tulis satu hubungan antara set A dan set B. [2 markah] Jawapan:

Seseorang yang melakukan Umrah mesti melakukan 5 perkara Rukun iaitu : Ketika melakukan 4 rukun di atas, dia mesti melakukan 2 perkara Wajib iaitu :

BAB DUA KAJIAN BERKAITAN

Kefahaman, Amalan, Penghayatan Solat Dan Sahsiah Pelajar Dalam Kalangan Pelajar Di IPGKRM

BERBAKTILAH KEPADA IBU & BAPA

BAB KEEMPAT KONSEP PENYEDIAAN MODUL ASAS BAHASA ARAB UNTUK PELAJAR-PELAJAR UNIVERSITI MALAYSIA SABAH

UJIAN BERTULIS ARAHAN: 1. Buka kertas soalan ini apabila diberitahu. 2. Tulis nama dan angka giliran anda pada ruang yang disediakan.

EMT361 Keboleharapan & Analisis Kegagalan. Dr Zuraidah Mohd Zain Julai, 2005

PANDUAN IBADAT UMRAH BERDASARKAN MADZHAB IMAM ASY SYAFI'IE

Rajah S1 menunjukkan talisawat dari jenis rata dengan dua sistem pacuan, digunakan untuk

Persepsi Pelajar Tentang Kejadian Jenayah Terhadap Wanita

Sebaran Kontinu HAZMIRA YOZZA IZZATI RAHMI HG JURUSAN MATEMATIKA FMIPA UNAND LOGO

A. Distribusi Gabungan

MENGENALI FOTON DAN PENGQUANTUMAN TENAGA

Ukur Kejuruteraan DDPQ 1162 Ukur Tekimetri. Sakdiah Basiron

KERTAS KERJA INDIVIDU TAJUK : AL-QURAN SEBAGAI SUMBER KEPADA SISTEM PENDIDIKAN ISLAM PROGRAM SARJANA PENDIDIKAN

Konvergen dalam Peluang dan Distribusi

Peranan Ibadah Terhadap Kesihatan Jiwa 1

JIKA MEREKA AHLU S- SUNNAH NABI S.A.W,

SEE 3533 PRINSIP PERHUBUNGAN Bab III Pemodulatan Sudut. Universiti Teknologi Malaysia

BAB 4 ANALISIS DAN PENEMUAN KAJIAN. borang soal selidik yang telah diedarkan kepada responden dan hasil temu bual responden

TIGA ASAS UTAMA א א. Oleh: SHEIKH MUHAMMAD BIN ABDUL WAHAB AT-TAMIMI.. (Bahasa Malaysia)

Katakunci : metode pengajaran dan pembelajaran (P&P), kelas pengajian al-quran, saudara baru, kelolaan JAJ

BAB 4 HASIL KAJIAN. dengan maklumat latar belakang responden, impak modal sosial terhadap prestasi

Katakunci :kuliah subuh tafsir al-azhar, Masjid Al-Falah

Adakah Yesus seorang Kristian atau Muslim? Oleh : Abo Kareem El-Marakshy

Οι 6 πυλώνες της πίστης: Μέρος 6 Πίστη Θειο διάταγμα (Κάνταρ Πεπρωμένο) اإليمان بالقدر. Άχμαντ Μ.Ελντίν

BAB IV LAPORAN PENYELIDIKAN DAN ANALISIS DATA. Dalam bab ini pengkaji membentangkan dapatan kajian. Perkara-perkara yang

DAFTAR ISI KANDUNGAN

KOMUNIKASI DALAM ISLAM PRINSIP-PRINSIP BERDASARKAN AL-QURAN DAN AL-SUNNAH

BAB 4 DAPATAN KAJIAN. yang telah diedarkan kepada responden dengan menggunakan perisian Statistical Packages

LABORATORIUM STATISTIK DAN OPTIMASI INDUSTRI FAKULTAS TEKNIK PROGRAM STUDI TEKNIK INDUSTRI UNIVERSITAS PEMBANGUNAN NASIONAL VETERAN JAWA TIMUR

KAJIAN BAHARU MENGENAI FASILAH: DARI ASPEK KEINDAHAN KEPADA KESERASIAN YANG MELUAS

Transcript:

(فقه الصيام على ضوء الشافعية)

PUASA & IKTIKAF MENURUT MAZHAB ASY-SYAFII ISI KANDUNGAN 1. METODOLOGI KAJIAN... 1 2. PENGERTIAN/DEFINISI PUASA... 2 3. SEJARAH PENSYARIATAN... 3 4. HUJAH PENSYARIATAN PUASA... 4 5. HUKUM MENINGGALKAN PUASA RAMADHAN TANPA KEUZURAN... 5 6. HIKMAH, RAHSIA, SERTA FAEDAH BERPUASA... 6 7. PENETAPAN BULAN RAMADHAN... 9 8. SYARAT WAJIB DAN SYARAT SAH PUASA... 12 9. RUKUN PUASA... 15 Perkara-perkara yang membatalkan puasa ialah:... 18 10. ADAB-ADAB PUASA DAN PERKARA YANG DIMAKRUHKAN... 24 A. ADAB-ADAB PUASA... 24 B. PERKARA MAKRUH SEMASA BERPUASA... 27 10. QADHA PUASA RAMADAN (FIDYAH DAN KAFARAH)... 28 11. KAFARAH BERBUKA PADA BULAN RAMADAN... 32... 35 (التطوع) 12. PUASA SUNAT Puasa Sunat Dan Jenisnya... 35 Membatalkan Puasa Sunat... 38 13. PUASA YANG DIMAKRUHKAN DAN PUASA YANG DIHARAMKAN... 39 A. Puasa Yang Dimakruhkan... 39 B. Puasa Yang Diharamkan... 41 14. IKTIKAF... 43 Dalil Disyariatkan... 43 Hikmah disyariatkan... 43 Hukum Iktikaf... 44 Syarat Sah Iktikaf... 44 Iktikaf yang Dinazarkan... 45 Adab Iktikaf... 46 Perkara Makruh Ketika Iktikaf... 46 Perkara Yang Merosakkan Iktikaf... 46 0

1. METODOLOGI KAJIAN الحمد هلل رب العالمين الذي أنزل على عبده الكتاب ليكون للعالمين نذيرا. والصالة والسالم على سيدنا محمد بن عبد اهلل الذي أرسله اهلل تعالى رحمة للناس وآتاه الحكمة وجوامع الكلم وعلمه ما لم يكن يعلم وكان فضل اهلل عليه عظيما وعلى آله وصحبه ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين أما بعد Mazhab asy-syafii ialah antara mazhab terulung dan terunggul di antara 4 mazhab utama ikutan Ahli Sunnah wal Jamaah, khususnya di Malaysia. Justeru itu, kami nyatakan kertas kajian ini bagi memudahkan kefahaman umat Islam di Malaysia yang rata-rata daripada kalangan mazhab asy- Syafii. Berikut kami nyatakan beberapa metodologi utama di dalam pembikinan kajian ini: Setiap hadis dinyatakan matan di dalam bahasa Arab. Semua hadis yang digunakan bertahap sahih atau hasan. Melainkan jika kami terlepas di dalam membuat penilaiannya. Kami jadikan kitab Fiqh al-manhaji, Kifayatul Akhyar dan al-iqnak sebagai panduan di dalam penulisan. Ketiga-tiga kitab ini adalah daripada aliran Mazhab asy-syafii yang mudah difahami oleh peringkat orang awam. Ia juga adalah ulasan kepada matan Abi Syuja yang terkenal. Kami sertakan ulasan di bahagian nota kaki apabila ada tambahan yang kami rasakan perlu. Semoga ia menjadi pahala yang bermanfaat dan berpanjangan. WallahuA`lam, Syihabudin Ahmad, Sungai Buloh, Selangor. *Jika anda ada sebarang tambahan, kemusykilan dan kritikan, sila hantarkan ke email: syihabudinpenulis@gmail.com 1

2. PENGERTIAN/DEFINISI PUASA Menurut bahasa, puasa ialah : اإلمساك عن الش يء كالما كان أو طعاما Menahan diri daripada melakukan sesuatu, sama ada percakapan atau makanan. 1 Dalilnya ialah firman Allah yang menceritakan tentang Maryam: 26. "Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari Segala Yang merunsingkan. kemudian kalau Engkau melihat seseorang manusia, maka katakanlah: Sesungguhnya Aku bernazar untuk berpuasa kerana (Allah) Ar-Rahman; (setelah Aku menyatakan Yang demikian) maka Aku tidak akan berkata-kata kepada sesiapapun dari kalangan manusia pada hari ini". (Surah Maryam: 26) Maksud puasa di dalam ayat ini ialah menahan diri dan diam daripada apa-apa percakapan. Menurut syarak pula, puasa ialah: إمساك عن املفطرات من طلوع الفجر إلى غروب الشمس مع النية. Menahan diripada dari perkara-perkara yang membatalkan puasa, dari terbit fajar sehingga terbenam matahari, dengan disertai niat. 1 Nota Mausu`ah: Pengertian Puasa daripada sudut bahasa ialah: اإلمساك مطلقا (menahan diri secara mutlak). Maksudnya, ia merangkumi semua perkara yang melibatkan penahanan diri sama ada dalam makanan, minuman, percakapan, perkahwinan, dan pengembaraan..صام يصوم صوما أو صياما kepada: ialah masdar (الصيام) Menurut Mughni Muhtaj, Puasa 2

3. SEJARAH PENSYARIATAN Puasa bulan Ramadhan telah difardhukan pada bulan Sya ban tahun ke 2 Hijrah 2. Sebelum itu amalan puasa telah pun biasa dilakukan di kalangan umat terdahulu dan ahli kitab yang sezaman dengan Nabi. Hal ini berdasarkan firman Allah di dalam Surah al Baqarah, ayat 183: ت ق و ن ك م ت ع ذ ين م ن ق ب ل ك م ل وا ك ت ب عل ي ك م الص ي ام ك م ا ك ت ب ع ى ال ذ ين آم ن ي ا أ ي ه ا ال Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa (Ramadhan) sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu 3, supaya kamu bertaqwa. 4 [Al-Baqarah : 183] Akan tetapi kewajipan berpuasa pada bulan Ramadhan belum disyariatkan lagi ketika itu. Persamaan antara mereka dengan umat umat terdahulu adalah dari segi pensyariatan puasa itu sahaja. Kemudian umat Nabi Muhammad secara khususnya difardhukan puasa bulan Ramadhan. 2 Pada masa yang sama juga difardhukan Zakat Fitrah. Pada tahun ini jugalah berlakunya peperangan Badar al-kubra dan Umat Islam kali pertama menyambut Hari Raya pada tahun ini. 3 Maksudnya, orang yang terdahulu telah diwajibkan juga untuk berpuasa tetapi tanpa ditentukan pada bulan Ramadhan. Justeru itu, puasa orang terdahulu itu tidak jauh bezanya dengan puasa umat Muhammad SAW. Ia adalah syariat yang telah diketahui cara dan bentuknya. 4 Sayid Qutub berkata: Demikianlah ayat ini menonjolkan matlamat agung dari ibadat puasa itu iaitu untuk mencapai taqwa. Taqwa itulah yang bersemarak di dalam hati ketika ia mengerjakan fardhu puasa kerana menjunjung perintah Allah dan mengutamakan keredhaan Nya. Taqwa itulah yang mengawal hati dari merosakkan ibadat puasa dengan maksiat walaupun maksiat yang berbisik di dalam hati. Orang orang yang dihadapkan ayat ayat al Quran ini kepada mereka memang sedar betapa tingginya maqam taqwa di sisi Allah dan betapa berat timbangannya di dalam neraca Allah Ι. Taqwa itulah matlamat yang ditujukan oleh jiwa mereka, dan ibadat puasa hanya merupakan salah satu alat untuk mencapai taqwa dan salah satu jalan yang menyampaikan kepada taqwa. Oleh sebab itulah ayat ini mengangkatkan taqwa di hadapan mata mereka selaku matlamat yang gemilang yang dituju oleh mereka menerusi ibadat puasa. 3

4. HUJAH PENSYARIATAN PUASA 5 Dalil difardhukan 6 puasa pada bulan Ramadhan ialah Surah al Baqarah, ayat 185: ش ه ر ر م ض ان ال ذ ي أ ن ز ل ف يه ال ق ر آن ه د ى ل لن اس و ب ي ن ات م ن ال ه د ى و ال ف ر ق ان ف م ن ش ه د م ن ك م الش ه ر ف ل ي ص م ه (Masa yang diwajibkan kamu berpuasa itu ialah) bulan Ramadhan yang padanya diturunkan Al-Quran, yang menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keteranganketerangan yang menjelaskan perbezaan antara yang benar dan salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadhan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa pada bulan itu; Nabi juga pernah berkata : ن م ح م دا ر س ول هللا و إ ق ام الص ا ء إ يت ال ة و أ ش ه اد ة أ ن ال إ ل ه إ ال الل ه و ب ن ي اإل سال م ع ى خ م س اة و ال ح ج و ص و م ر م ض ان. الز ك Agama Islam tertegak atas lima perkara; 1) Penyaksian bahawa tiada sembahan melainkan Allah, dan Muhammad itu utusan Allah, 2) Mendirikan sembahyang, 3) Menunaikan zakat, 4) dan Haji, 5) Puasa di bulan Ramadhan. [HR al-bukhari (8) dan Muslim (16) di dalam kitab sahih mereka berdua] Begitu juga, jawapan Nabi SAW kepada persoalan seorang Al-`Arabi : ام ق ال : ش ه ر ر م ضان أ خ ب ر ن ي ب م ا ف ر ض الل ه ع ي م ن الص ي Beritakankanlah kepadaku, apakah puasa yang telah diwajibkan Allah terhadap diriku?, Lantas Rasulullah berkata: Puasa Ramadhan. [HR al-bukhari (1792) dan Muslim (11) di dalam kitab sahih mereka berdua] 5 Mausu`ah (28/10): Puasa mempunyai 3 jenis. 1- Puasa yang ditentukan waktunya oleh Allah. Seperti Puasa Ramadhan dan puasa Sunat selain Ramadhan. 2- Puasa yang ditentukan waktunya oleh hamba. Seperti puasa yang bernazar dengan dikhususkan waktu. 3- Puasa yang tiada waktu tetap. Seperti Puasa Qadha Ramadhan, puasa Kaffarah bunuh, zihar, sumpah, berbuka puasa, denda haji, dan puasa nazar tanpa waktu tetap. 6 Ulama telah bersepakat tanpa kecuali bahawa puasa adalah diwajibkan dengan pelbagai buktibukti yang sahih dan sarih (jelas). 4

5. HUKUM MENINGGALKAN PUASA RAMADHAN TANPA KEUZURAN Apabila kita sudah memahami bahawa Puasa Ramadhan merupakan salah satu rukun daripada rukun-rukun Islam, bahkan ia terkandung dalam perkara yang pastinya semua orang, المعلومة من الدين بالضرورة : tahu sudah 1- Oleh itu sesiapa mengingkari kewajipannya akan menjadi kafir iaitu kita berurusan dengannya seperti berurusan dengan orang murtad. Lalu dia diminta untuk bertaubat, jika dia bertaubat maka taubatnya diterima, namun sekiranya enggan, maka dijatuhkan hukuman bunuh sekiranya dua telah lama memeluk agama Islam dan tidak tinggal berjauhan daripada para ulama. 2- Jika dia sudah tahu kewajipannya tanpa mempertikaikan kewajipan puasa, namun dia berkata Aku tahu wajib, tetapi aku tidak mahu berpuasa, maka dia tergolong dalam golongan yang fasik 7, bukannya kafir. Golongan ini mestilah dicegah oleh pemerintah dengan diperintahkan mereka menahan makan dan minum supaya mereka juga seolah-olah berpuasa sekalipun hanya sekadar luaran sahaja. 7 iaitu golongan yang tidak diterima penyaksiannya, serta dia tidak boleh menjadi wali perkahwinan anak perempuannya sendiri, atau mewakili mana-mana perkahwinan. 5

6. HIKMAH, RAHSIA, SERTA FAEDAH BERPUASA 8 8 Puasa mempunyai banyak kelebihan: antaranya, dapat mengangkat darjat manusia, mampu menghapuskan dosa-dosa yang telah lalu, mematahkan keinginan yang tidak berpatutan, memperbanyakkan sedekah kepada yang memerlukan, melengkapi ketaatan kepada Allah,, dan mampu mencegah dari bahaya maksiat dan sebarang godaan Syaitan Laknatullah Alaihi. Adapun puasa dapat mengangkat darjat, ia sepertimana sabda Rasulullah... : ج اء ر م ض ان ف ت ح ت أ ب و اب إ ذ ا ال ج ن ة و غ ل ق ت أ ب و اب الن ار و ص ف د ت الش ي اط ين Apabila datangnya bulan Ramadhan, maka terbukalah pintu-pintu Syurga, dan tertutuplah pintu-intu Neraka, dan syaitan-syaitan pula dirantai. [Direkodkan oleh Muslim: 1079] Dan juga sabda Nabi. ketika menceritakan kata dari Tuhannya Azza wa Jalla : ك ل ع م ل اب ن آد م ل ه إلا الص ي ا م ف إ ان ه لي و أ ن ا أ ج زي به و الص ي ا م ج انة و إذ ا ك ا ن ي و م ص و م أ ح دك م ف ل ي ر ف ث و ل ي ص خ ب ف إ ن س ا اب ه أ ح د أ و ق ات ل ه ف ل ي ق ل إن ي ام ر ؤ ص ائم و الاذي ن ف س م ح امد بي ده ل خ ل و ف ف م ال اصائم أ ط ي ب عن د للا م ن ريح ال مس ك لل اصائم ف ر ح ت ان ي ف ر ح ه م ا إذ ا أ ف ط ر ف ر ح و إذ ا ل ق ي ر اب ه ف ر ح بص و مه. Setiap amalan anak Adam adalah untuknya, kecuali puasa, kerana ia adalah untukku, dan Akulah (sahaja yang berhak) memberi ganjaran pahala padanya. Puasa adalah pelindung. Apabila seseoramg dari kamu berpuasa, maka janganlah kamu berkata kotor (mencarut) pada hari itu, dan jangan pula kamu berteriak (bergaduh). Sekiranya dia dikeji oleh seseorang atau diajak berkelahi, maka katalah : Sesungguhnya aku orang yang sedang berpuasa. Demi diri Muhammad ditangannya, perubahan bau mulut orang berpuasa lebih wangi disisi Allah pada hari kiamat berbanding bau haruman kasturi. Bagi orang yang berpuasa itu ada dua kegembiraan yang akan mengembirakannya : 1) Apabila dia berbuka, maka dia bergembira dengan makanannya, 2) dan apabila dia bertemu dengan tuhannya, maka dia bergembira dengan amalan puasanya. [Direkodkan oleh Muslim: 1151] Penjelasan : Adapun, terbukanya pintu-pintu Syurga adalah sebuah ibarat yang diberikan kepada banyaknya perbuatan ketaatan (di bulan Ramadhan) yang mewajibkan terbukanya pintu Syurga. Dan tertutupnya pintu Neraka pula adalah ibarat ke atas sedikitnya perbuatan maksiat (di bulan Ramadhan) yang mewajibkan tertutupnya pintu Neraka. Dan terantainya syaitan pula adalah ibarat ke atas terpotongnya keraguan yang mereka timbulkan terhadap orang berpuasa. Kerana mereka tidak mampu mendorong orang berpuasa kearah maksiat. Dan kata Allah : ك ل ع م ل اب ن آد م ل ه إلا الص ي ا م ف إ ان ه لي و أ ن ا أ ج زي به Setiap amalan anak Adam itu adalah untuk dirinya, kecuali puasa, kerana ia adalah untuk Aku dan Akulah yang (berhak) memberi ganjaran padanya. 6

Sebelum kita memanjangkan perbahasan, setiap Muslim hendaklah memahami bahawa puasa pada bulan Ramadhan adalah suatu ibadah yang telah difardhukan oleh Allah Taala. Apa yang dimaksudkan sebagai puasa itu adalah ibadah ialah: Setiap orang Islam yang melakukannya kerana semata-mata mematuhi perintah Allah SWT dan melaksanakan tanggungjawab penghambaan, tanpa melihat sebarang kesan yang mungkin didapati daripada ibadah Puasa tersebut. 9 Sekalipun seseorang Muslim melakukan ibadah seperti itu, tiada halangan bagi sesiapa yang berpuasa melihat apa-apa hikmah dan rahsia Ilahi yang tersembunyi di dalam ibadah puasa atau selainnya. Adalah tidak diragui bahawa semua hukum Allah mempunyai hikmah, rahsia dan faedah untuk hamba-hambanya, namun mereka tidak disyaratkan mengetahui kesemuanya itu. Ibadah puasa mempunyai beberapa hikmah dan faedah yang mungkin diketahui oleh sesetengah orang, tetapi banyak lagi yang masih tersembunyi daripada pengetahuan mereka. Antara hikmah dan faedah puasa ialah: Pertama: Puasa yang sempurna akan menyedarkan hati orang yang beriman untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT. Ini kerana orang yang berpuasa akan berasa lapar dan dahaga sebaik sahaja dia melalui sebahagian daripada waktu siangnya. Nafsunya ingin makan dan minum, namun wujud perasaan yang menyedari dirinya berpuasa, lantas menghalang keinginan tersebut. Dalam menghadapi dugaan sebegini, hatinya sedar terhadap pemerhatian Allah, lantas ia dilindungi di dalam ingatan terhadap ketuhanan (rububiyah) Allah serta keagungan pemerintahan-nya. Seperti mana ia benar-benar menyedari bahawa dia adalah seorang hamba yang sentiasa tunduk kepada hukum Allah dan patuh pada perintah-nya. Kedua: Bulan Ramadhan merupakan bulan yang suci berbanding semua bulan. Allah SWT menghendaki hamba-nya supaya memenuhi bulan tersebut dengan amalan ketaatan yang menghampirkan diri kepada-nya. Serta dipraktikkan makna penghambaan yang tertinggi kepada Allah SWT. Allah menggaitkan puasa kepada dirinnya adalah satu kaitan kemulian. Kerana puasa tidak terdapat padanya perasaan riya, disebabkan ia adalah suatu yang tersembunyi. Dan Kata Allah : (( Akulah yang memberi ganjaran padanya )) secara umumnya, Allahlah yang memberi ganjaran kepada segala amalan ketaatan, dan maksud yang dikehendaki dari ayat tersebut adalah : membesarkan pahala puasa tersebut. 9 Asal bagi ibadah ialah melaksanakan ketaatan tanpa menjadikan hikmah sebagai perkara utama yang perlu difikirkan. Sekalipun tidak dapat dijelaskan sebarang hikmah daripada sudut sains atau akal, ibadah hendaklah diteruskan kerana menepati nilai ketaatan. Kita hendaklah mengajar masyarakat Islam dengan nilai ketaatan melebihi hikmah. Sehingga mereka menjadikan ibadah itu dengan sebenar-benarnya. Hikmah pula berpernan menambah rasa seperti makanan yang ditambah gula dan garam. 7

Ini jelas apabila Muslim berada di hadapan hidangan makanan, majlis minum-minuman, sedangkan jauhnya perut daripada menjadi penuh sehingga wap makanan telah naik sehingga ke fikiran dan otak. Pensyariatan puasa ini adalah cara yang termudah untuk menunaikan hak Allah dan tanggungjawab hamba kepada-nya. Ketiga: Kekenyangan yang berterusan dalam kehidupan seseorang akan memenuhi dan menyuburkan jiwanya dengan sifat keras hati dan keterlaluan. Kedua-duanya bertentangan dengan sifat seorang Islam. Justeru, pensyariatan puasa dapat mendidik jiwanya dan mengurangkan sifat-sifat tersebut. Keempat: Sifat berkasih sayang menjadi teras dalam membangunkan masyarakat Islam. Akan tetapi, orang kaya tidak dapat menghayati kasih sayang yang sebenar terhadap orang miskin tanpa merasai keperitan, kesempitan hidup dan kepahitan hidup yang diburu kelaparan. Oleh itu, bulan puasa merupakan waktu terbaik bagi golongan kaya untuk menyelami perasaan orang miskin. Sehingga menjadikan ia hidup bersama-sama dalam keperitan dan kekurangan. Justeru itu, puasa adalah jalan terbaik untuk memberi kesan kepada jiwa orang-orang kaya yang membela kelembutan, kasih sayang, dan persamaan kedudukan. 8

7. PENETAPAN BULAN RAMADHAN Penetapan bulan Ramadan adalah berdasarkan salah satu daripada dua perkara berikut: Pertama: Melihat anak bulan Ramadan (Rukyah al-hilal) pada malam 30 Sya ban. Ini boleh berlaku apabila seorang saksi yang adil menyatakan kesaksiannya di hadapan qadi bahawa dia telah melihat anak bulan. Kedua: Mencukupkan 30 hari bulan Sya ban. Ini berlaku apabila susah melihat anak bulan disebabkan awan tebal ataupun saksi yang adil tidak datang menyatakan bahawa dia telah melihat anak bulan. Maka disempurnakan bulan Sya ban sebanyak 30 hari kerana itu adalah asal keadaan selagimana tidak datang perkara lain yang bertentangan dengannya. Dalil bagi dua keadaan di atas ialah sabda Rasulullah saw:» ث ين ال ب ان ث وا ع د ة شع ي ك م فأ ك م ل ب ي ع ت ه ف إ ن غ أ ف ط ر وا ل ر ؤي ت ه و «ص وم وا ل ر ؤي Hendaklah kamu berpuasa kerana melihatnya dan berbuka kerana melihatnya, sekiranya kamu terhalang daripada melihatnya maka sempurnakanlah bilangan Sya ban selama 30 hari. [HR Al-Bukhari (1810) dan Muslim (1080)] Daripada Ibnu Abbas ra katanya, seorang Arab Badwi datang menemui Rasulullah saw lalu berkata, إ ن ي ر أ ي أ ن م ح ال ل - ي ع ه ت ال ه م دا ر س ول الل ت ش ال الل ه «ق ال : ن - ف ق ال :»أ ه د أ ن ال إ ل ه إ ن ي ه ال ل ر م ض ان اس أ ن ي ص وم وا غ دا» ذ ن ف ي الن ع م ق ال :»ي ا ب ال ل أ «ق ال : ن»أ ت ش ه د ع م ق ال : Sesungguhnya aku telah melihat anak bulan iaitu anak bulan Ramadan. Sabda Baginda, Apakah kamu menyaksikan bahawa tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah?. Katanya, Ya. Tanya Baginda, Apakah kamu menyaksikan bahawa Muhammad itu utusan Allah? Jawabnya, Ya. Sabda Baginda, Wahai Bilal, isytiharkan kepada orang ramai hendaklah mereka berpuasa pada esok hari. [Disahihkan oleh Ibnu Hibban di dalam Mawarid az-zham an (870) dan al-hakim (1541)]. Dengan ini, apabila anak bulan kelihatan di suatu negeri (negara) maka penduduk negeri (negara) yang berhampiran dengan negeri yang melihat anak bulan itu wajib berpuasa. Manakala penduduk negeri-negeri yang jauh tidak diwajibkan kerana negeri-negeri (bandar) yang dekat seperti Damsyik, dengan Himsy dan Halab (Aleppo) dihukumkan sebagai satu negeri (bandar), berbeza dengan negeri-negeri (bandar) yang jauh seperti Damsyik dengan Kaherah dan Mekah. 9

Ukuran jauh dan dekat adalah berdasarkan kepada perbezaan matla (tempat terbit anak bulan). Dalil kenyataan di atas ialah hadis yang diriwayatkan oleh Muslim (1087) daripada Kuraib katanya: ب أ ن أ م ال ع ن ك ر ي ه ل ع ه ا و است ح اجت الش ه ر او ي ة ب الش ام ق ال : ف ق د م ت الش ام ى م ع ت ه إ ل ث ع ف ض ل ب ن ت ال ح ار ث ب د م ت ة ث م ق ي ل ة ال ج م ع ال ل ل ه ي ت ال ر أ ا ب الش ام ف ن أ ي ر م ض ان و ف ق ض ي ت ة ف ي آخ ر د ين امل Daripada Kuraib 10 menyatakan: Ummul Fadhl binti al-haris 11 telah mengutuskannya kepada Muawiyah di Syam. Dia bercerita: Lalu aku pergi ke Syam dan menyempurnakan kemahuannya (Ummul Fadhl). Aku memulakan Ramadan ketika berada di Syam. Aku melihat anak bulan (Ramadan) pada malam Jumaat. Kemudian aku pulang ke Madinah pada akhir bulan. ي ال ل ف ق ال : م تى ر أ ه ن ي ع ب د هللا ب ن ع ب اس ر ض ي هللا عن ه م ا ث م ذ ك ر ال ف سأ ع م و ر آه الن اس و ص ام وا و صام ت ه ف قل ت : ن ي ن ت ر أ ة ف ق ال : أ ل ي ل ة ال ج م ع ت ف قل ر اه ال ن ص وم ح تى ن ك م ل ث ال ث ين أ و ن ال ن ز ت ف ي ل ة الس ب ن اه ل ر أ ي ي ه و سل م " ا ر س ول هللا ص لى هللا ع ام ه ف ق ال : ال ه ك ذا أ م ر ن و ص ي اه ن ي ف قل ت : ر أ ا ال : " ل ك ن ف ي ب ر ؤ ي ة م ع او ي ة ت كت ال ل ه ت م ال او ي ة ف م ع : أ و ال Lalu Abdullah bin Abbas memanggilku dan menyebutkan tentang al-hilal. Dia bertanya: Bilakah kalian melihat anak bulan (Ramadhan)? Aku menjawab: Kami melihatnya pada malam Jumaat. Dia bertanya lagi: Engkau juga melihatnya? Aku menjawab: Ya. Orang ramai juga melihatnya. Lalu mereka berpuasa, Muawiyah juga turut berpuasa. Kemudian Ibnu Abbas berkata: Tetapi kami melihatnya pada malam Sabtu. Lalu kami akan terus berpuasa sehingga genap 30 hari ataupun kami melihatnya (anak bulan Syawal). Aku bertanya: Tida cukupkah dengan rukyah dan puasa Mu`awiyah? Beliau menjawab: Tidak. Demikianlah kami diperintahkan oleh Rasulullah SAW. (HR Muslim: 1087) Berdasarkan hadis ini para ulama mengatakan: Apabila puasa tidak diwajibkan terhadap penduduk negeri (bandar) yang jauh lalu seseorang penduduk negeri yang telah melihat anak bulan bermusafir ke negeri tersebut, maka dia hendaklah berpuasa bersama mereka di akhir bulan walaupun dia telah menyempurnakan puasa selama 30 hari. Ini kerana disebabkan perpindahannya ke negeri tersebut, dia dianggap salah seorang daripada mereka. Dengan itu dia mesti mengikut hukum mereka. 10 Beliau ialah Kuraib, pembantu (maula) Ibnu Abbas. 11 Beliau ialah isteri kepada al-`abbas, ibu kepada Abdullah bin Abbas. 10

Sesiapa yang bermusafir dari negeri yang tidak melihat anak bulan ke negeri yang melihat anak bulan, dia hendaklah berbuka (berhari raya) bersama-sama mereka sama ada dia berpuasa selama 28 hari (disebabkan Ramadan pada penduduk setempat hanyalah 29 hari, maka dia hendaklah berhari raya selepas hari ke 29) ataupun dia berpuasa 29 hari (disebabkan Ramadan disisi mereka telah sempurna iaitu cukup 30 hari). Walaubagaimanapun, sekiranya dia berpuasa selama 28 hari, maka dia hendakah menqada kan puasanya selama satu hari kerana satu bulan bukanlah 28 hari. Barangsiapa yang pada waktu paginya berada di negeri yang merayakan hari raya lalu bermusafir ke negeri yang jauh dan penduduknya masih berpuasa, dia wajib menahan dirinya untuk baki hari tersebut sebagai mengikuti penduduk negeri tersebut. 11

8. SYARAT WAJIB DAN SYARAT SAH PUASA Puasa Ramadan menjadi wajib apabila sempurnanya perkara berikut: 1. Islam Puasa tidak diwajibkan ke atas orang kafir. Bermaksud, di dunia ini dia tidak dituntut untuk berpuasa kerana puasa adalah satu cabang yang dikira apabila dia masuk ke dalam Islam. Selagimana dia tidak masuk Islam maka tidak ada makna bagi puasanya dan tidak ada makna dia dituntut untuk berpuasa. Adapun di akhirat, mereka akan disiksa kerana kekafirannya dan kerana dia meninggalkan cabang-cabang Islam. 2. Taklif Maksud taklif ialah orang Islam itu telah berakal dan baligh. Sekiranya hilang salah satu daripada dua sifat ini maka jatuhlah daripadanya sifat taklif. Apabila jatuh sifat taklif maka dia tidak dituntut sedikitpun melaksanakan tugas-tugas keagamaan. Dalilnya ialah hadis Ali r.a bahawa Nabi saw bersabda: ة : ع ر ف ع ال قل م ع ن ث الث ون ج ن ن امل ح ت م و ع ي ق ظ و ع ن الص ب ي ح ت ى ي ى ي س ت ائ م ح ت ن الن ق ل ع ى ي ح ت Diangkat qalam (tulisan amalan) daripada tiga jenis manusia, daripada orang tidur sehingga dia bangun, daripada kanak-kanak sehingga dia bermimpi (baligh) dan daripada orang gila sehinggalah dia berakal [Abu Daud (4403) dan selainnya]. 3. Tiada Keuzuran Yang Menghalangnya Berpuasa Ataupun Mengharuskannya Berbuka Keuzuran yang menghalang berpuasa ialah: i. Berada di dalam keadaan haid atau nifas pada mana-mana bahagian waktu siang. ii. Pengsan ataupun gila sepanjang hari. Sekiranya dia sedar pada waktu siang walaupun satu saat, maka hilanglah keuzuran dan dia wajib menahan diri untuk baki hari tersebut. Keuzuran yang mengharuskan berbuka ialah: 12

i. Sakit yang mendatangkan mudarat yang besar ataupun kesakitan dan kebimbangan yang amat dasyat kepada orang yang berpuasa. Jika penyakitnya itu menjadi semakin teruk ataupun kesakitan itu semakin dasyat (jika dia berpuasa), dan dia bimbang dia akan binasa (الهلك) (sekiranya dia meneruskan puasanya), maka pada waktu itu dia wajib berbuka. ii. Musafir yang jauh yang tidak kurang daripada 83 km dengan syarat ia adalah pemusafiran yang dibenarkan dan mencakupi seluruh hari. Mengenai seorang yang berpuasa, pada waktu paginya dia bermukim, kemudian dia bermusafir pada waktu siang, maka dia tidak dibenarkan berbuka. Dalil kedua-dua penguzuran ini ialah firman Allah: Maksudnya:...... Dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (diharuskan berbuka, kemudian wajib diganti puasanya) sebanyak hari yang ditinggalkan itu pada hari-hari yang lain. (Al-Baqarah:185) iii. Tidak mampu berpuasa. Oleh itu tidak wajib berpuasa disebabkan terlalu tua atau sakit yang tidak ada harapan untuk sembuh kerana puasa hanya wajib terhadap orang yang mampu melakukannya. Dalilnya adalah firman Allah swt:...... Dan wajib atas orang-orang yang tidak terdaya berpuasa (kerana tua dan sebagainya) membayar fidyah (dengan) memberi makan orang-orang miskin. (Al-Baqarah:184) Dibaca juga ط و ق ون ه ي yang bermaksud jika mereka tetap diwajibkan melakukannya (puasa), nescaya mereka tidak mampu melakukannya. Ibnu Abbas r.a berkata: Yang dimaksudkan ialah orang lelaki dan perempuan yang terlalu tua, keduanya tidak mampu untuk berpuasa, kedua-duanya hendaklah menggantikan setiap hari puasa dengan memberi makan seorang fakir miskin *Riwayat Al-Bukhari (4235)] 13

Syarat Sah Puasa Syarat sah puasa ialah 1. Islam, tidak sah puasa orang kafir. 2. Berakal yang bermaksud mumayyiz, tidak sah puasa orang gila dan kanak-kanak yang belum mumayyiz kerana mereka tidak memiliki niat. Puasa kanak-kanak yang sudah mumayyiz adalah sah. Apabila usianya mencapai 7 tahun, dia hendaklah diminta supaya berpuasa jika dia mampu melaksanakannya. Apabila usianya mencapai 10 tahun, dia hendaklah dipukul kerana meninggalkannya sebagaimana sembahyang. 3. Tidak mempunyai keuzuran yang menghalangnya daripada berpuasa seperti berada dalam keadaan haid atau nifas, pengsan atau gila sepanjang hari. 14

9. RUKUN PUASA Puasa mempunyai dua rukun asasi iaitu: 1. Niat 1. Niat puasa. 2. Menahan diri daripada perkara yang membatalkannya, bermula dari terbit fajar hingga tenggelam matahari. Iaitu kehendak (qasad) melakukan puasa 12. Tempatnya di hati, tidak cukup dengan hanya melafazkannya dengan lidah dan tidak disyaratkan melafazkannya. 13 Dalil wajib niat ialah sabda Nabi saw: 12 Seseorang yang sedang berpuasa, lalu dia berniat untuk berbuka di tengah-tengah puasa, maka puasanya terbatal. Inilah pendapat yang dipilih oleh Syed Sabiq di dalam Fiqh Sunnah. 13 KEMUSYKILAN : BENARKAH IMAM SYAFIIE MENYURUH LAFAZ NIAT? Masyhur Hasan Salman menulis dalam bukunya : Al-Qaulul Mubin Fi Akhta`ul Mushollin, bahawa Abu Abdullah Az-Zubairy telah tersalah faham dari kata-kata Imam Asy-Syafie. Abu Abdullah menyangka bahawa Imam Asy-Syafie mewajibkan lafaz niat pada sembahyang. Sebab salah faham tersebut adalah : lemah kefahamannya terhadap ibarat yang diberikan oleh Imam Asy-Syafie. Bagi menjelaskan perkara tersebut, ayuh kita melihat buku yang popular dalam Mazhab Asy-Syafie, iaitu Al-Majmuk. Buku ini ditulis oleh Imam An-Nawawi. Buku tersebut merekodkan pandangan Imam Nawawi : Para ulama telah bersepakat bahawa: Sembahyang tidak sah melainkan (disertai) dengan niat.. Sekiranya seseorang berniat dalam hatinya maka telah memadai menurut mazhab, dan itu juga yang diputuskan oleh majoriti ulama. Dan disana terdapat pandangan yang disebutkan oleh penyusun, dan juga disebutkan oleh yang selain itu. Telah berkata pemilik (kitab) Al-Haawi, dan ia adalah kenyataan Abi Abdulah Az-Zubairy, bahawa tidak mamadai (dengan hanya berniat dihati) sehinggalah bergabungnya niat hati dan lafaz dengan lidah, kerana Asy-Syafie pernah berkata dalam (permasalahan) haji: Jika seseorang itu berniat untuk mengerjakan haji atau umrah, maka ia sudah memadai, walaupun ia tidak dilafazkan. Tidak seperti sembahyang, yang tidak dianggap sah melainkan dengan an-nutq. 15

م ال ب الن ي ات ع إ ن م ا ا ل Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung dengan niat. [Al-Bukhari (1) dan Muslim (1907)]. Ashab (mazhab) kita telah berkata : Orang yang mengatakan (kenyataan) ini telah salah. Asy-Syafie tidak memaksudkan (An-Nutq) dengan melafazkan (niat) dalam sembahyang, bahkan dia menghendaki maksud: Takbir (takbiratul ihram). Sekiranya seseorang itu melafazkan (niat) dengan lidahnya, tapi tidak berniat di hatinya, maka tidak sah sembahyangnya secara sepakat para ulama. Walaupun dia berniat dihatinya untuk sembahyang zohor, tetapi lidahnya berkata sembahyang Asar, maka sah sembahyang Zohornya. (Rujuk : Al- Majmuk,-Kitabus Sholah- jilid 3, m/s 241, cetakan Maktabah Irsyad, Makkah.) Dengan itu jelas kepada kita bahawa, Imam Asy-Syafie tidak mewajibkan lafaz niat. Lagipula, lafaz niat dan hakikat niat itu sendiri adalah dua perkara berbeza. IBNU QAYYIM MEMPERTAHANKAN ASY-SYAFIE Ibnu Qayyim pernah berkata: Apabila Rasulullah bangun untuk bersembahyang, baginda melafazkan ((Allahu Akbar)). Baginda tidak berkata apa-apapun sebelumnya, mahupun sesudahnya sedikitpun. Baginda tidak berkata: Aku bersembahyang ini (contoh zohor, asar, dll pent) kerana Allah, dengan menghadap kiblat, sebanyak empat rakaat selaku Imam, atau makmum. Baginda juga tidak berkata : tunai atau ganti (qadha`), tidak juga kefardhuan waktu. Semua itu adalah bidaah (perkara yang diada-adakan). Tidak pernah dinukilkan dari siapa pun dengan sanad yang sahih, lemah (dhaif), musnad (bersambung sanadnya), ataupun mursal (ada perawi yang gugur dalam sanadnya) satu perkataan pun tentangnya. Bahkan, tidak juga dinukilkan dari seorang sahabat nabi, para tabiin, dan Imam mazhab empat. Pendapat ini muncul akibat sebahagian ulama lampau yang tersilap faham dari kenyataan Asy- Syafie ra dalam perihal sembahyang: (katanya) Sembahyang tidak sama seperti puasa, tidak ada seorang pun yang memasuki sembahyang melainkan dengan zikir. Mereka menyangka zikir itu adalah lafaz niat orang yang ingin bersembahyang, sedangkan Asy-Syafie rh menghendaki maksud zikir itu dengan takbiratul Ihram, tidak selain itu. Bagaimana Asy-Syafie akan menggalakkan sesuatu perkara yang tidak pernah dilakukan oleh Rasulullah sekalipun? Tidak juga dilakukan oleh para pengganti (khulafa`) baginda, tidak juga para sahabat-sahabatnya. Demikianlah petunjuk mereka dan jalan hidup mereka. Sekiranya ada yang datang dari mereka itu satu huruf pun tentang perkara tersebut, pasti kita menerimanya. Kita akan menerimanya dengan penuh rela, tiada petunjuk yang lebih sempurna melainkan petunjuk mereka. Tiada satu sunah pun melainkan apa yang diambil dari Rasulullah. ( Ruj: Zaadul Ma`aad, jilid 1, m/s: 201) 16

Sekiranya ia adalah niat untuk puasa Ramadan, disyaratkan wujudnya perkara-perkara berikut: (التبييت) i. Berniat pada waktu malam Iaitu hendaklah dilakukan qasad (kehendak melakukan puasa) itu pada waktu malam, iaitu sebelum terbit fajar. Sekiranya dia tidak berqasad 14 untuk melakukan puasa kecuali selepas terbitnya fajar maka batallah niat dan puasanya. Dalilnya sabda Nabi saw: م ن ه ي ت الص ي ام ق ب ل ال ف ج ر ف ال ص ي ام ل ب ل م ي Barangsiapa yang tidak berniat puasa sebelum fajar maka tidak ada puasa baginya. [Ad-Daruqutni (2/172), kata beliau para perawinya adalah Tsiqah; Al-Baihaqi (4/202)] ii. (التعيين) Menentukan Jenis Puasa Ini dilakukan dengan menetapkan jenis puasa. Dia hendaklah berazam dalam hatinya untuk berpuasa bulan Ramadan pada esok hari. Sekiranya dia berniat dalam dirinya dengan sematamata berpuasa (tidak ditentukan jenis puasa), maka niatnya tidak sah. Ini berdasarkan sabda Nabi saw yang bermaksud: Sesungguhnya amalan itu dengan niat. Seperti yang telah dinyatakan sebelum ini: Dan bagi setiap orang itu apa yang telah diniatkannya. Maksudnya: Perbuatan itu akan mengikut jenis yang telah diqasadkan untuk dilakukan. iii. (التكرار) Berulang-ulang Maksudnya: Dia hendaklah berniat pada setiap malam sebelum terbit fajar untuk puasa hari berikutnya. Tidak cukup dengan satu niat untuk puasa sebulan kerana puasa Ramadan 14 Qasad atau keinginan untuk berpuasa boleh dilihat dengan bersahur atau berniat berpuasa pada hari esoknya selepas berbuka. Dia sedar bahawa esok dia masih wajib untuk berpuasa, maka itu sudah memadai untuk dikira sebagai berniat. Tetapi syaratnya hendaklah ia berlaku selepas waktu berbuka dan sebelum masuk hari puasa berikutnya. WallahuA`lam. 17

bukanlah ibadah yang satu. Bahkan ia adalah ibadah yang berulang-ulang dan setiap ibadat itu mesti dikhususkan niatnya yang tersendiri. 15 Mengenai puasa sunat, niat tidak disyaratkan pada waktu malam dan tidak perlu ditentukan. Niat, sah dilakukan sebelum tergelincir matahari dan sah juga dengan niat mutlak. Dalilnya ialah hadis Aisyah r.a: وا: ال ق ال : «ف إ ن ي ص ائ م» ال ع ن د ك م م ن غ د اء «ف إ ن ق Pada suatu hari Nabi saw bersabda kepadanya: Apakah kamu mempunyai makanan «ه ل tengahari?. Jawapannya, Tidak. Sabda Baginda, Kalau begitu aku berpuasa. 2. Menahan Diri Daripada Perkara Yang Membatalkan Puasa Perkara-perkara yang membatalkan puasa ialah: [Ad-Daruqutni] i. Makan dan minum Puasa terbatal sekiranya ia (makan dan minum) dilakukan dengan sengaja walaupun makanan ataupun minuman itu sedikit. Sekiranya dia terlupa bahawa dia sedang berpuasa lalu dia makan ataupun minum maka puasanya tidak batal walau berapa banyak dia makan atau minum. 16 Dalilnya: Hadis Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah saw bersabda: 15 Para ulama besar fikah telah berbeza pendapat di dalam hokum mengulang-ulang niat pada setiap malam di bulan Ramadhan: ❶ Wajib berniat pada setiap malam Ramadhan. Pendapat ini dipilih oleh majority ulama dalam Mazhab Abu Hanifah, Syafii, dan Ahmad. Mereka menyatakan bahawa ia adalah kewajipan yang berbeza-beza. Buktinya, apabila rosak satu hari, ia tidak menyebabkan keseluruhan hari juga rosak. ❷ Cukup dengan niat satu bulan tanpa mengulang pada setiap malam. Pendapat ini dipegang oleh Mazhab Malik dan satu pendapat Imam Ahmad. Mereka menyatakan bahawa puasa 29 atau 30 hari bulan Ramadhan adalah daripada jenis yang sama. Maka memadailah dengan niat yang sama tanpa perlu mengulang-ulang. WallahuA`lam. 16 Ini adalah pendapat yang terpilih oleh Imam an-nawawi. Manakala pendapat yang terpilih oleh Ar- Rafi`I pula ialah jika terlalu banyak, ia membatalkan kerana ia adalah sejenis keterlupaan yang sangat ganjil. Rujuk Kifayatul Akhyar di dalam bab ini. 18

اه» ع م ه هللا و س ق ط إ ن م ا أ ي ت م ص و م ه ف ك أ و ش ر ب ف س ي و ه و صائ م فأ «م ن ن Sesiapa yang terlupa bahawa dia sedang berpuasa lalu dia makan ataupun minum maka hendakah dia menyempurnakan puasanya, sesungguhnya Allahlah yang telah memberinya makan dan minum. [Muslim (1155) dan Al-Bukhari (1831)] ii. Sampainya ain (sesuatu) ke dalam al-jauf (rongga) melalui liang yang terbuka 17 Maksud ain ialah sesuatu yang dapat dilihat oleh mata. Maksud al-jauf ialah otak, ataupun apa yang berada antara bawah halkum hingga ke perut. Maksud liang yang terbuka ialah seperti mulut, telinga, qubul, dubur sama ada bagi lelaki dan juga wanita 18. Oleh itu setitik (air) yang masuk melalui telinga membatalkan puasa kerana ia adalah liang yang terbuka. Setitik (air) yang masuk ke dalam mata tidak membatalkan puasa kerana ia adalah liang yang tidak terbuka. Suntikan di lubang dubur membatalkan puasa kerana lubang dubur ialah liang yang terbuka. Suntikan pada urat tidak membatalkan puasa kerana urat adalah liang yang tidak terbuka dan begitulah seterusnya. Semuanya ini disyaratkan dilakukan dengan sengaja. Sekiranya perkara ini berlaku dalam keadaan lupa maka ia tidak merosakkan puasanya. Hukum ini diqiyaskan dengan makanan dan minuman. 17 Pendapat ini tidak disenangi oleh sebahagian oleh ulama seperti Dr. Yusuf al-qaradhawi di dalam fatwa beliau jilid pertama. Beliau menyatakan bahawa tidak ada orang yang tidak memahami maksud puasa yang mudah. Ia adalah menghalang daripada makan, minum, dan menyetubuhi wanita. Dan ia adalah perkara yang telah wujud nas di dalam al-quran. Tidak ada orang yang tidak memahami perkara larangannya. Ia telah diketahui oleh arab badwi pun pada zaman Nabi SAW. Ia tidak memerlukan kefahaman larangan makan dan minum itu kepada kefahaman mantik. 18 Lelaki dan perempuan yang terkena penyakit buasir yang perlu menggunakan ubat yang dimasukkan melalui dubur adalah harus melakukannya pada bulan Ramadhan. Ini adalah pendpat yang dipilih oleh al-qaradhawi di dalam Fatwa beliau. Beliau menyatakan bahawa memasukkan ubat di dubur itu bukanlah sesuatu yang mengenyangkan perut atau memuaskan nafsu. Justeru itu puasanya tidak terbatal. Inilah pendapat yang lebih mendekati kemudahan di dalam agama Islam. Rujuk fatwa belia di dalam jilid pertama. 19

Sekiranya lalat atau nyamuk atau debu jalan masuk ke dalam al-jauf, maka puasa tidak batal kerana untuk menghindarinya adalah teramat susah. Sekiranya dia menelan air liurnya, puasa tidak batal kerana susah untuk menghalangnya. Sekiranya dia menelan air liurnya yang bernajis (seperti gusinya luka lalu mulutnya tidak dibersihkan, sekalipun air liurnya berwarna jernih), maka batal puasanya. Sekiranya dia berkumur atau memasukkan air ke dalam hidung lalu air itu termasuk ke dalam al-jaufnya, puasanya tidak batal, jika dia tidak melampau dalam memasukkan air sewaktu mengambil wuduk. Sekiranya air itu masuk ke dalam aljaufnya kerana dia melampau sewaktu memasukkan air, maka puasanya batal kerana ia adalah perbuatan yang dilarang sewaktu berpuasa. Sekiranya terdapat sisa (kesan) makanan di celah-celah giginya lalu ia digerakkan oleh air liurnya tanpa sengaja lalu masuk ke dalam perutnya, maka puasanya tidak batal. Ini sekiranya dia tidak mampu untuk membezakannya dengan air liurnya kerana perkara ini ialah perkara yang dimaafkan dan bukan disebabkan sengaja dilakukan. Sekiranya dia mampu membezakannya maka batallah puasanya kerana ia dilakukan dengan lalai. Sekiranya dia dipaksa untuk makan atau minum, puasanya tidak batal kerana hukum ikhtiarnya (mempunyai pilihan) sudah gugur. iii. Muntah dengan sengaja Muntah dengan sengaja membatalkan puasa sekalipun orang yang berpuasa yakin bahawa muntahnya tidak masuk semula ke dalam al-jaufnya walaupun sedikit. Sekiranya dia muntah tanpa sengaja, puasanya tidak batal sekalipun dia tahu bahawa sebahagian daripada muntahnya telah masuk semula ke dalam al-jaufnya tanpa sengaja. Dalilnya ialah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah saw bersabda:» ق ض ي ق اء ف ي ه ق ضاء و إ ن است ي س ع ي ء و ه و صائ م ف «م ن ذ ر ع ه ق Barangsiapa yang muntah tanpa disengajakan sedangkan dia berpuasa maka dia tidak perlu mengqada kannya dan sekiranya dia muntah dengan sengaja, maka dia hendaklah mengqada kan puasanya. 19 [Dikeluarkan oleh Abu Daud (2380), At-Tirmidzi (720) dan selain keduanya] 19 Sahih menurut al-albani. 20

iv. Bersetubuh dengan sengaja walaupun tanpa keluar air mani. Dalilnya ialah firman Allah swt:...... Makan serta minumlah sehingga nyata kepada kamu benang putih (cahaya siang) dari benang hitam (kegelapan malam), iaitu waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu, sehingga waktu malam (maghrib) dan janganlah kamu setubuhi mereka ketika kamu sedang beriktikaf di masjid [Surah Al-Baqarah: 187] Maksud fajar ialah cahaya yang terbit dengan terang di ufuk langit dan dengan itu berakhirlah malam dan bermulalah siang. Sekiranya dia bersetubuh dalam keadaan lupa maka ia tidak membatalkan puasa. Hukum ini diqiaskan dengan makan dan minum bagi orang yang terlupa. v. Al-Istimna Al-Istimna ialah mengeluarkan air mani dengan melakukan percumbuan dan sebagainya ataupun dengan menggunakan tangan. Sekiranya orang yang berpuasa sengaja melakukannya maka batal puasanya. Tetapi sekiranya ia berlaku di luar kawalannya, maka puasanya tidak batal. Dengan ini dimakruhkan dengan Karahah Tahrim (makruh yang hampir kepada haram) bercium pada siang Ramadan bagi orang yang cepat naik syahwatnya sama ada lelaki atau wanita kerana ia mendedahkannya kepada merosakkan puasa. Mengenai orang yang tidak cepat naik syahwatnya, yang utama baginya ialah meninggalkannya demi menutup pintu yang merosakkan puasanya. 20 Muslim (1106) meriwayatkn daripada Aisyah r.a katanya: 20 Kaedah ini juga terpakai apabila menyebutkan hukum berkhayal perkara-perkara seks. Para ulama Syafiiyah menyebutkan bahawa sekiranya air mani keluar hasil khayalan atau mimpi, maka tiada khilaf bahawa puasanya tidak terbatal (Rujuk: Kifayatul Akhyar). Tetapi dia hendaklah berusaha untuk menjauhi perkara berkenaan kerana dibimbangi puasanya akan rosak. 21

أ ي ك م ي م ل ك إ ر ب ه ك م ا ك ان ر س ول هللا ص ل ى ن ي و ه و صائ م و ي ه و سل م ي قب ل «ك ان ر س ول هللا ص لى هللا ع م ل ك إ ر ب ه «ي ه و سل م ي هللا ع Rasulullah saw telah mencium aku sewaktu Baginda berpuasa. Siapakah dikalangan kamu yang dapat menguasai nafsunya sebagaimana Rasulullah saw menguasai nafsunya. Para ulama berkata: Maksud kata-kata Aisyah r.a ialah sepatutnya kamu menjauhi daripada bercium dan jangan menyangka bahawa diri kamu adalah seperti Nabi saw yang boleh melakukannya. Ini kerana Baginda mampu menguasai dirinya dan dapat dijamin apabila Baginda mencium tidak menyebabkan keluarnya air mani ataupun naik syahwat ataupun naiknya nafsu dan seumpamanya sedangkan kamu tidak ada jaminan terhadap perkara itu. vi. Haid dan nifas Haid dan nifas merupakan keuzuran yang menghalang sahnya puasa. Sekiranya wanita yang berpuasa keluar haid ataupun nifasnya pada sebahagian daripada siang maka batallah puasanya. Dia wajib mengqada puasa hari tersebut. Al-Bukhari (298) dan Muslim (80) meriwayatkan daripada Abu Sa id al-khudri r.a: Rasululah saw bersabda tentang wanita dan Baginda telah ditanya sebab kurangnya agama bagi wanita, Baginda menjawab, م ت ص م» ي س إ ذا ح اض ت ل م ت ص ل و»أ ل Bukankah apabila dia sedang haid dia tidak sembahyang dan puasa? vii. Gila dan murtad Gila dan murtad merupakan penghalang daripada sahnya puasa kerana orang yang berada di dalam keadaan ini tidak mempunyai keahlian (kelayakan) untuk beribadat. (Tambahan) 21 Demikianlah, mereka yang berpuasa wajib menjaga dirinya daripada perkara-perkara yang membatalkan ini agar puasanya sah bermula dari terbit fajar sehingga matahari betul-betul tenggelam. 21 1) Sebahagian orang menyangka bahawa mandi junub selepas azan subuh menyebabkan puasa terbatal. Sedangkan ini adalah satu kesilapan. Mandi selepas azan subuh tidak menyebabkan puasa terbatal. WallahuA`lam. 22

Sekiranya orang yang berpuasa melakukan perkara yang membatalkan ini dengan sangkaan fajar belum terbit, tetapi selepas melakukannya, sangkaannya jelas meleset, maka batal puasanya. Dia hendaklah menahan dirinya (tidak makan, minum dan lain-lain seperti orang yang berpuasa) sepanjang siang sebagai menghormati bulan Ramadan. Dia juga dikehendaki supaya mengqadha puasa tadi. Begitu juga apabila seseorang berbuka pada akhir siang di waktu petang dengan sangkaan matahari telah tenggelam kemudian terbukti bahawa matahari belum tenggelam, maka batallah puasanya dan dia wajib mengqadha nya. 23

10. ADAB-ADAB PUASA DAN PERKARA YANG DIMAKRUHKAN A. ADAB-ADAB PUASA Puasa mempunyai adab yang banyak. Kami ringkaskan seperti berikut: 1. Menyegerakan berbuka Ini dilakukan sejurus setelah diyakini tenggelamnya matahari. Dalilnya ialah hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari (1856) dan Muslim (1098) daripada Sahal bin Sa ad r.a bahawa Rasulullah saw bersabda: ر» وا الف ط ر م ا ع جل ز ال الن اس ب خي «ال ي Manusia akan terus berada dalam kebaikan selagimana mereka terus menyegerakan berbuka.,(تمر) ataupun kering (رطب) Yang paling afdhal ialah berbuka dengan buah kurma yang basah sekiranya tidak ada, maka dengan air. At-Tirmizi (696) dan Abu Daud (2356) telah meriwayatkan: ات ب ات ف إ ن ل م ت ك ن ر ط ب ي ه و سل م ي ف ط ر ق ب ل أ ن ي ص ل ي ع ى ر ط ب ي ص لى الل ه ع ك ا ن الن ات م ن م اء. ر ات ح سا ح سو ف إ ن ل م ت ك ن ت م ي ر ات ف ت م ي Nabi saw berbuka sebelum sembahyang (Maghrib) dengan beberapa biji kurma basah. Sekiranya tidak ada kurma basah, maka Baginda berbuka dengan tamar kering. Sekiranya tidak ada juga, maka Baginda menghirup beberapa teguk air. 2. Sahur Sahur اسحور) (ال dengan dibariskan fathah huruf sin bermaksud makanan yang dimakan pada akhir malam. Dalil sahur disunatkan ialah hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari (1823) dan Muslim (1095), Nabi saw bersabda:» «ت س ح ر وا ف إ ن ف ي الس ح ور ب ر كة Bersahurlah kamu semua, sesungguhnya dalam sahur itu ada barakah Hikmah disunatkan sahur adalah untuk menguatkan diri melakukan puasa. Al-Hakim di dalam Al-Mustadrak (1/425) meriwayatkan bahawa Nabi saw bersabda: 24

ام الن ه ار ام الس ح ر ع لى ص ي ع وا ب ط ع ين اس ت Dapatkanlah bantuan dengan makanan sahur untuk menguatkan puasa pada siang hari. Masuknya waktu sahur ialah dengan berlalunya separuh malam. Fadhilat sahur diperolehi dengan memakan sesuatu, tidak kira banyak ataupun sedikit ataupun sekadar meminum air sahaja. Diriwayatkan oleh Ibnu Hibban dalam sahihnya sabda Nabi saw: ت س Bersahurlah kamu walaupun dengan seteguk air. [Mawarid az-zham aan: 884) 22 3. Melewatkan sahur ة من ماء و ب ج ر ع ح ر وا و Ini dilakukan dengan berhenti makan dan minum ketika fajar hampir terbit. Dalilnya ialah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam Musnadnya (5/147) daripada Nabi saw: وا اإل ف ط ار وأ خ ر وا الس ح ور» ر م ا ع جل ز ال أ م ت ي ب خي «ال ت Umatku terus berada dalam kebaikan selagi mereka menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan bersahur. (Al-Bukhari (556) meriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a) Nabi saw dan Zaid bin Thabit bersahur. Apabia keduanya selesai bersahur, maka Nabi saw bangun mendirikan sembahyang. Kami bertanya kepada Anas, Berapa lamakah masa antara kamu berdua selesai bersahur dan mendirikan sembahyang? Jawabnya, Sekadar 50 ayat yang dibacakan oleh lelaki. 4. Meninggalkan kata-kata yang mesti dijauhi Kata-kata yang mesti dijauhi seperti mencela, menipu, mengumpat dan menghasut. Seseorang yang berpuasa juga hendaklah menahan dirinya daripada perkara-perkara syahwat seperti melihat wanita dan mendengar lagu-lagu. Al-Bukhari (1840) meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah saw bersabda:» ه ام ه و ش ر اب ع ه ح اجة ف ي أ ن ي د ع ط ي س ل ل م ل ب ه ف الع ور و و ل الز د ع ق ل م ي Barangsiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan beramal denganya maka Allah tidak memerlukannya untuk meninggalkan makan dan minumnya. Ketahuilah bahawa mencela, menipu, mengumpat, menghasut dan seumpamanya merupakan perkara yang sememangnya diharamkan. Namun perkara baru dalam masalah ini bagi orang- «م ن 22 Syeikh Syuaib menyatakan isnad hadis ini hasan. 25

orang yang berpuasa ialah (selain ia adalah dosa) ia akan menghapuskan pahala puasa walaupun hukum puasanya adalah sah dan dikira telah melaksanakan kewajipan. Oleh itu perkara-perkara ini dianggap sebagai adab dan sunat-sunat puasa. 5. Mandi junub sebelum fajar Ini dilakukan untuk memastikan dirinya bersih daripada awal puasa lagi. Ini bermakna junub tidak menidakkan puasa tetapi yang lebih afdhal ialah menyelesaikannya sebelum fajar. Dalilnya ialah hadis yang diriwayatkan oleh al-bukhari (1825) dan (1830). Aisyah menyebutkan: م ر اح ت ال ي ب ا م ن ج م اع غ ي ه و سل م إ ن ك ان ل ي ص ب ح جن ه ص لى هللا ع أ ش ه د ع ى ر س ول الل ث م ي ص وم ه Aku menyaksikan bahawa Nabi saw pernah bangun pagi di dalam keadaan junub kerana jima tanpa bermimpi kemudian Baginda mandi dan berpuasa. Wanita haid dan nifas juga disunatkan agar mandi sebelum fajar apabila telah sempurna suci dan darah berhenti sebelum itu. 6. Tidak berbekam dan seumpamanya Ini kerana ia akan melemahkan diri orang yang berpuasa. 23 Dia juga hendaklah meninggalkan merasa masakan kerana dibimbangi sesuatu akan masuk ke dalam rongganya. 24 Ini kerana apabila sesuatu masuk ke dalam al-jauf, maka puasanya batal. 7. Berdoa sewaktu berbuka 23 Imam Ibnu Majah dengan sanadnya meriwayatkan bahawa Abu Hurairah berkata bahawa Nabi SAW bersabda: ط ر ال ح اج م و امل ح ج وم أ ف Telah tidak berpuasa bagi orang yang membekam dan dibekam. (HR Ibnu Majah di dalam Sunan Ibnu Majah, bilangan: 1679, Sahih) Kemudian hadis ini dijelaskan lagi oleh hadis riwayat al-bukhari (1940) berikut: Imam al-bukhari dengan sanadnya meriwayatkan: Diceritakan kepada kami oleh Adam bin Abi Iyas, diceritakan kepada kami Syu`bah,beliau berkata: Aku mendengar Sabit al-bunani berkata: Anas bin Malik bertanya: ف» ت م ت ك ر ه ون الح ج ام ة ل لص ائ م ق ال :»ال إ ال م ن أ ج ل الضع ن ه : أ كن ن س ب ن م ال ك ر ض ي الل ه ع س ئ ل أ Adakah kamu tidak suka untuk berbekam bagi orang berpuasa? Beliau menjawab: Tidak, melainkan kerana melemahkan. 24 Sekalipun begitu, merasa makanan adalah dibolehkan tanpa menelannya. Ini adalah pendapat Ibnu Abbas. Beliau berkata: Tidak mengapa merasa makanan seperti cuka yang mahu dibelinya. 26

Doa tersebut ialah: الله م لك صمت وعلى رزقك أفطرت ذهب الظمأ وابتلت العروق وثبت ا لجر إن شاء هللا Maksudnya: Ya, Allah! Aku berpuasa untuk Mu, dengan rezeki Mu aku berbuka, telah hilanglah kehausan, telah basahlah kerongkong dan telah pastilah ganjarannya Insya Allah (jika dikehendaki oleh Allah). 8. Menyediakan makanan untuk mereka yang berbuka puasa Sekiranya dia tidak mampu memberikan mereka makan, dia hendaklah memberikan buah kurma ataupun minuman untuk mereka berbuka. Rasulullah saw bersabda: ا» ئ ن ق ص م ن أ ج ر الص ائ م شي ن ه ال ي ي ر أ «م ن فط ر ص ائ م ا ك ان ل ه م ث ل أ ج ر ه غ Maksudnya: Barangsiapa yang menyediakan makanan berbuka untuk orang yang berpuasa, maka dia mendapat ganjaran sepertinya (orang berpuasa) tanpa dikurangkan ganjaran orang yang berpuasa itu sedikitpun. [Riwayat At-Tirmizi (807) dan disahihkannya] 9. Banyak bersedekah, membaca al-quran, bertadarus dan beriktikaf di masjid terutama pada 10 malam terakhir. Anas r.a berkata: Rasulullah saw ditanyakan: Wahai Rasulullah apakah sedekah yang paling utama?. Jawabnya, Sedekah pada bulan Ramadan *Riwayat At-Tirmizi (663)] Al-Bukhari (1803) dan Muslim (2807) meriwayatkan: Jibril telah menemui Rasulullah saw pada setiap tahun di bulan Ramadan sehingga akhir bulan Ramadan dan beliau membaca al- Quran bersama-sama Nabi saw. Kita akan membincangkan persoalan iktikaf pada akhir bab puasa ini. B. PERKARA MAKRUH SEMASA BERPUASA Perkara makruh sewatu berpuasa ialah melanggar adab-adab yang telah disebutkan. Sebahagiannya termasuk dalam perkara makruh tanzihi (yang perlu ditinggalkan) seperti melewatkan berbuka dan menyegerakan sahur. Sebahagiannya pula termasuk dalam perkara yang diharamkan seperti mengumpat, menghasut, mencela dan berdusta. 27

10. QADHA PUASA RAMADAN (FIDYAH DAN KAFARAH) 1. Musafir Dan Orang Sakit Sesiapa yang meninggalkan puasa Ramadan (disebabkan sakit atau musafir) dia wajib mengqada nya sebelum datangnya bulan Ramadan tahun berikutnya. Sekiranya dia tidak mengqadha kannya disebabkan bermudah-mudah (ambil ringan) dengan perkara ini sehingga masuk Ramadan tahun berikutnya, dia berdosa dan diwajibkan qadha dan fidyah. Fidyah ialah memberi makan kepada orang-orang fakir dengan satu cupak makanan asasi untuk setiap satu hari yang ditinggalkan. Perkara ini bertambah dengan bertambahnya tahun. Satu cupak sama dengan lebih kurang 600 gram. Sekiranya keuzurannya berterusan seperti sakit yang berterusan sehingga masuk bulan Ramadan tahun berikutnya, dia tidak diwajibkan kecuali qadha dan tidak perlu mengeluarkan fidyah kerana melewatkan qadha ini. Sekiranya dia meninggal dunia dan tidak sempat qadha, samaada mati sebelum mampu menqadha kannya ataupun mati selepas mampu menqadha kannya tetapi tidak mengqadha kannya kerana lalai. o Sekiranya dia mati sebelum mampu menqadha kannya, maka dia tidak berdosa dan tidak perlu meminta orang lain mengqadha bagi pihaknya kerana dia tidak melalaikannya. o Barangsiapa yang mati selepas mampu menqadha kannya, maka walinya disunatkan mengqahada hari-hari yang ditinggalnya bagi pihaknya. Maksud wali di sini ialah kaum kerabatnya. Dalilya ialah hadis yang diriwayatkan oleh Al-Buhari (1851) dan Muslim (1147) daripada Aisyah r.a bahawa Rasulullah saw telah bersabda: م ن م ن ه و ل ي ه ام ص ام ع ي ه ص ي ات وع Barangsiapa yang mati dan dia masih ada puasa yang tidak diqadha, maka walinyalah yang berpuasa bagi pihaknya. Al-Bukhari (1852) dan Muslim (1148) meriwayatkan daripada Ibnu Abbas r.a. 28